hai readers sekalian harini Rylyn akan cerita asal usul pulau langkawi. macam anda tahu langkawi ini
terkenal dengar pulau yang cantik, coklat yang boleh borong banyak-banyakkan hahaha! takpe meh sini baca belog ni hocay?
Langkawi merupakan salah satu daripada daersah dalam negeri KEDAH DARUL AMAN, Pulau langkai diberi status bebas cukai pada tahun 1987. kini, oulau yang kaya dengan keindahan semula jado dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destianasi pelancongan yang paling popular di malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana pulau langkawi merupakan yang terbesar.
ASAL USUL LANGKAWI
Nama langkawi ialah kombinasi antara "LANG" dan "KAWI". "lang" diambil dari perkataan bahasa melayu iaitu helang. ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di langkawi antaranya kawasan kilim geopark, pulau singa besar dan seluruh pulau kepualauan langkawi. langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. kawi bermaksud merah hati kerana helang tersebut mempunyai bulu yang sangat merah hati dan berkepala putih.
- Kurun ke-15, nama Lung-Ya-Kiou-yo tercatat di sebuah carta yang dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka pada tahun 1405.
- Kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama dalam peta zaman itu. antaranya Langa,lanka, lansura dan langapura.
- Pulau langkawi menjadi milik Great Britain melalui perjanjian Bangkok 1909 atau perjanjian Anglo-sim 1909. Ralph Spencer Paget, duta Britain di siam memainkan perana penting dalam menyelamat pulau ini daripada terus ditakluk siam. semasa proses rundingan antara Britain dengan siam, beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam. yang mana pihak britain tetap mahukan pulau langkawi menjadi milik Britain. hasilnya pada 10 Mac 1909 PERJANJIAN bANGKOK 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau inikepada britain.
Mitos dan Legenda
Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan lagenda. Antaranya kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di langkawi termaksulah:
- gergasi bertarung
- pulau dayang bunting
- mahsuri
- telani dan telanai
- geroda dan jentayu
- telaga tujuh